1.BENTUK BULAT
melambangkan bekerja dalam satu pasukan dan sentiasa mengamalkan muafakat.
 
2.BULAN SABIT
melambangkan perkhidmatan profesional kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
3.JATA  PERSEKUTUAN
melambangkan keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan perkhidmatan awam di bawah rancangan kerajaan persekutuan.
 
4.WARNA  PUTIH
melambangkan perkhidmatan yang diberi dengan hati yang bersih , tulus dan ikhlas.
 
5.WARNA KUNING KEEMASAN
melambangkan Negeri Johor mempunyai raja yang Berdaulat dan warga Hospital Pontian sentiasa menghormati institusi Di Raja.
 
6.WARNA BIRU TUA
( bulat di luar )
 
WARNA MERAH HATI
( garis lurus ) adalah warna-warna Korporat Hospital Pontian.
 
7.WARNA BIRU MUDA
melambangkan perkhidmatan yang diberi di dalam suasana penyayang.
 
8.LAMBANG MANUSIA BERKELUARGA
menunjukkan perkhidmatan yang diberi kepada masyarakat berbagai lapisan tanpa mengenal Bangsa , Agama dan Keturunan.
 
9.POKOK – POKOK HIJAU
melambangkan  Hospital Pontian mengambil berat dan merealisasi konsep mesra alam dan hospital dalam taman.