PIAGAM PELANGGAN HOSPITAL PONTIAN

 

  • Setiap pesakit akan diberi rawatan perubatan yang berkualiti di hospital ini.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital yang sesuai.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakit  dan rawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakluk kepada  undang-undang.
  • Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.