Nama asalnya ialah Cucob Government Hospital telah didirikan pada  5 Jun 1917 dengan hanya mempunyai 20 buah katil pesakit. 

Bangunannya dibuat daripada kayu, lantai disimen dan beratap nipah. Tiada kemudahan elektrik. Petugas hanya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam. Tahun 1918 : Pesakit luar - 949 orang. Kemudahan : Sebuah Wad Am (sementara), Dapur, Rumah Anggota, Rumah Apothecary dan Dispensary. Akhir Tahun 1918 : Telah didirikan Dispensary baru, Wad Dysentery, Mortuary dan Rumah Kediaman Dresser

 

Hospital Pontian adalah sebuah hospital tanpa pakar yang mempunyai 120 buah katil,  terletak di KM 2, Jalan Alsagoff   di dalam kawasan Pontian Kecil   di Daerah Pontian.

 

Disiplin Kelas 2 Kelas 3 Jumlah
L P L P
Ginekologi - - - 6 6
Pediatrik - - 16 16 32
Obstetrik - 4 - 20 24
Multi-Disiplin 8 8 24 18 58
JUMLAH 120