Objektif

1) Menyediakan perkhidmatan perolehan dan bekalan kepada semua unit pemesan supaya stok sentiasa mencukupi selaras dengan peruntukan belanjawan tahunan. Memastikan tiada pembaziran dalam segenap aspek dengan cekap, berkesan dan berkualiti. Kualiti stok sentiasa terjamin dengan cara memberi perlindungan, penjagaan dan penyelenggaraan yang sewajarnya semasa dalam simpanan.

 

2) Memastikan segala proses menyedia, mendispens dan membekal ubat-ubatan kepada pesakit serta unit pemesan berjalan dengan lancar dan mematuhi prosedur-prosedur yang telah ditetapkan dengan cekap, teratur dan berkualiti. Di samping itu, memberi perhatian terhadap keselamatan, keberkesanan dan kos efektif ubat-ubatan ke atas pesakit.

 

3) Memberi penjagaan farmaseutikal di wad secara berterusan melalui pemantauan yang rapi dan pendidikan kepada pesakit. Memastikan pesakit yang menerima rawatan di wad mendapat faedah maksima dan mengelakkan kesilapan pengubatan.