2. PENGENALAN UNIT KEJURURAWATAN

 

 

2.1 SEJARAH KEJURURAWATAN

 

  • Mula diwujudkan sejak penubuhan Hospital  Pontian iaitu pada tahun 1929 dan menjadi nadi utama perkhidmatan Hospital Pontian.
  • Unit Kejururawatan seawall tahun 70 an hingga 90 an diketuai oleh Ketua Jururawat.
  • Menerusi ABM 2009 jawatan Jururawat U36 telah diluluskan oleh Sumber Manusi Kementerian secara pukal di Negeri Johor. Satu jawatan Jururawat U36 telah diperuntukkan di Hospital Pontian dan telah diisi pada bulan Oktober 2009.
  • Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia telah menempatkan jawatan Jururawat U42 di Hospital Pontian melalui ABM 2010. Jawatan ini telah diisi pada 1hb Mac 2011.
  • Melalui penempatan ini unit Kejururawatan telah diperuntukkan dengan peranan dan tanggungjawab yang merangkumi pemantauan Code Of Professional Conduct For Nurses First Edition April 1998 serta aktiviti kualiti kejururawatan dalam aspek aplikasi pelaksanaan serta penilaian pencapaian dan keberkesanan

 

2.2   OBJEKTIF  KEJURURAWATAN

 

  • Mengutamakan kawalan mutu perkhidmatan dengan cara bekerja sebagai satu pasukan ke arah satu hala tuju yang sama
  • Menghasilkan standard perawatan pada tahap yang tinggi melalui koordinasi bersama semua jururawat
  • Merancang dan menyelaras aktiviti-aktiviti kejururawatan secara tersusun dan menyeluruh untuk memastikan pelaksanaan yang efisien.