PENGENALAN

Unit Kewangan adalah bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan dalam pengurusan hal ehwal peruntukan, perbelanjaan, emolumen kakitangan Hospital Pontian serta memastikan segala bentuk bayaran (gaji, elaun dan lain-lain perkhidmatan) diuruskan dengan teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Selain itu juga bertanggungjawab mengeluarkan pesanan kerajaan bagi semua urusan perolehan barang dan perkhidmatan sama ada secara pembelian terus atau secara sebutharga.

Unit Hasil pula berfungsi sebagai Pemungut Utama yang menyelenggara dan mengakaun kutipan hasil kerajaan yang dipungut oleh pemungut kecil yang terdiri daripada Klinik Pakar, Bilik Daftar Masuk, Fisio dan Unit Carakerja.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Unit Kewangan melaksanakan semua urusan berkaitan :-

- Emolumen pegawai dan kakitangan Hospital termasuk semua jenis potongan gaji (kecuali potongan Angkasa dan PCB), bayaran balik gaji dan pendahuluan diri pegawai. Unit Kewangan juga membuat pembayaran bagi semua tuntutan bayaran lebih masa (termasuk elaun "oncall" doktor).

- Memproses Permohonan Waran Perjalanan Udara.

- Memproses Permohonan Pinjaman Komputer Dan Kenderaan.

- Memproses bayaran saraan ubat.

- Menguruskan pembayaran secara pukal.

- Melaksanakan urusan berkaitan peruntukan belanja mengurus dan pembangunan Hospital (Bajet).

- Melaksanakan semua urusan berkaitan dengan pengurusan akaun dan laporan peruntukan belanja mengurus dan pembangunan Hospital.

- Memproses baucer bayaran semua tuntutan kakitangan.

- Memproses bayaran bagi semua perolehan sama ada melalui e-Perolehan, pesanan tempatan, bil/invois tanpa pesanan tempatan dan kontrak.

 

Unit Hasil melaksanakan semua urusan berkaitan :-

- Mengutip deposit, menyedia bil, mengutip bayaran bil pesakit, SPIKPA dan membuat bayaran deposit (refund) kepada pesakit mengikut Akta Fee (perubatan) dan Peraturan Kewangan berkuatkuasa.

- Berfungsi sebagai pemungut utama iaitu mengakaun dan menyelenggara kutipan hasil kerajaan.