Perkhidmatan Dietetik

Untuk memberi perkhidmatan dietetik(Pemakanan Klinikal) bagi meningkatkan status pemakanan dan pengetahuan pesakit berkenaan penyakit yang dihadapi dan memberikan perkhidmatan "medical nutrition therapy" kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.

 

Perkhidmatan Sajian

Untuk memberikan perkhidmatan sajian yang dapat memenuhi selera pelanggan mengikut kesesuaian penyakit yang mereka hidapi agar mereka dapat dibantu untuk segera sembuh. Perkhidmatan sajian juga membekalkan diet untuk doktor yang bertugas atas panggilan serta membekalkan catuan malam kepada anggota yang bertugas malam mengikut kadar yang ditetapkan.